PEMAIN United meraikan jaringan Paul Pogba di Stamford Bridge. - FOTO Reuters
PEMAIN United meraikan jaringan Paul Pogba di Stamford Bridge. - FOTO Reuters
Reuters

KEMENANGAN 2-0 Manchester United ke atas juara bertahan, Chelsea pada pusingan kelima Piala FA perlu diteruskan dengan mara ke final, menurut pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer.

United menang dua aksi sengit menentang gergasi Liga Perdana, Arsenal dan Chelsea sebelum mara ke suku akhir dan Wolverhampton Wanderers menunggu mereka di pusingan seterusnya.

"Kami mahu ke final," kata Solskjaer kepada wartawan selepas menang di Stamford Bridge.

"Sudah pasti sukar menentang Wolves tetapi kami dan penyokong seperti menyukai tempat lawan. Tidak terasa suasana di tempat mereka apabila anda mendapat sokongan padu penyokong.

"Kami tewas final Piala FA kepada Chelsea tahun lalu. Kali terakhir kami tewaskan mereka dalam aksi piala 20 tahun lalu."

United yang menduduki tempat keempat kembali fokus cabaran liga dan akan menentang pendahulu, Liverpool pada Ahad ini dengan Arsenal dan Chelsea satu mata di belakang mereka.

"Kami akan menentang Liverpool tetapi Chelsea, Arsenal dan kami ‘berperang’ untuk tempat keempat. Tiga pasukan hebat berebut satu slot tetapi yang ini mengenai mara ke pusingan seterusnya,” kata Solskjaer.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Februari 2019 @ 12:48 PM