PEMAIN NS, Thomas Koroma bersaing dengan pemain UiTM FC, Bernard Coulibaly di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. FOTO/HAZREEN MOHAMAD
PEMAIN NS, Thomas Koroma bersaing dengan pemain UiTM FC, Bernard Coulibaly di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. FOTO/HAZREEN MOHAMAD
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


UiTM FC bertindak cemerlang mengutip tiga mata di gelanggang lawan apabila membenam Negeri Sembilan 4-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Beraksi di hadapan lebih 3,000 penyokong, tuan rumah dikejutkan dengan jaringan pertama apabila pertahanan UiTM, Ahmad Azriddin Rosli menanduk masuk susulan sepakan sudut pada minit ke-26.

Tuan rumah bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-45 apabila sepakan percuma kencang pertahanan import Matheus Fernandes memecah kebuntuan.

KOROMA (kanan) melepasi pertahanan lawan. FOTO/HAZREEN MOHAMAD
KOROMA (kanan) melepasi pertahanan lawan. FOTO/HAZREEN MOHAMAD

Negeri Sembilan cuba mendominasi perlawanan selepas rehat namun jaringan kedua UiTM menerusi Robert Mendy pada minit ke-57 mengejutkan mereka.

UiTM terus memberi tekanan pada minit ke-62 apabila Azriddin menghasilkan gol kedua peribadi apabila bola menerusi sepakan sudut melepasi penjaga gol, Muhamad Hamka Daud lalu dikuis masuk.

Pelawat menambah derita tuan rumah apabila pemain gantian, Zarko Korac menanduk masuk gol keempat pada minit ke-90 hasil hantaran silang Mendy.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Februari 2019 @ 11:28 PM