PEMAIN Newcastle, Jacob Murphy (kiri) cuba merampas bola dari Nicolas Pepe. FOTO EPA
PEMAIN Newcastle, Jacob Murphy (kiri) cuba merampas bola dari Nicolas Pepe. FOTO EPA
AFP

London: Arsenal mencatat kemenangan selepas empat perlawanan dalam semua kejohanan hasil gol sulung Mohamed Elneny di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan rembatan cantik Pierre-Emerick Aubameyang.

Newcastle yang menghuni tangga keempat terbawah kekal sembilan mata dari zon penyingkiran tatkala berbaki empat perlawanan.

Arsenal berada di depan seawal minit keenam apabila Hector Bellerin menyambut hantaran jauh David Luiz sebelum mencari Aubameyang.

Bagaimanapun, Aubameyang gagal melakukan rembatan sempurna sebelum pemain tengah Mesir, Elnenny menyudahkan peluang terhidang menumpaskan penjaga gol, Martin Dubravka.

Aubameyang membunuh sisa perjuangan Newcastle pada minit ke-66 hasil gol pertamanya selepas tujuh perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Mei 2021 @ 11:49 PM