Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyaksikan pertukaran dokumen di antara Ahmad Shapawi (tiga kanan) dan Rektor UiTM Cawangan Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali (dua kiri) ketika Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman MoU antara Universiti Teknologi Mara (UITM) dan Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) di Anjung Seri Budiman, UiTM. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria.

Siraj Mohd Zaini

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menjalin kerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memberi peluang kepada atlet negara meneruskan pengajian di peringkat tertinggi sambil membina prestasi dalam sukan masing-masing.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya menyedari keperluan pendidikan dalam kalangan atlet adalah penting dan menyambut baik usaha UiTM menggalas tanggungjawab berkenaan.

Syed Saddiq menyaksikan pertukaran dokumen di antara Ahmad Shapawi dan Datuk Dr Jamil Hamali ketika Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman MoU antara Universiti Teknologi Mara (UITM) dan Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN).

Katanya, peluang berkenaan seharusnya direbut atlet kebangsaan kerana semua kampus UiTM di seluruh negara menyediakan platform berkenaan.

“Ia adalah kerjasama strategik bagi memberi peluang kepada atlet membina karier masing-masing selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di UiTM.

“UiTM mempunyai kampus di seluruh negara dan ini akan membantu usaha MSN dalam memastikan atlet lepasan SPM untuk terus fokus dalam sukan dan pengajian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UiTM dan MSN, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail serta Timbalan Naib Canselor UiTM Profesor Dr Mohamad Kamal Harun.

Pada majlis berkenaan, 13 kampus UiTM di seluruh negara turut menandatangani MoU berkenaan dengan diwakili rektor masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 January 2019 @ 9:16 PM