PENYERANG Chelsea, Alvaro Morata (tengah) lengkapkan perpindahan ke Atletico Madrid secara pinjaman sehingga hujung musim. FOTO Agensi
PENYERANG Chelsea, Alvaro Morata (tengah) lengkapkan perpindahan ke Atletico Madrid secara pinjaman sehingga hujung musim. FOTO Agensi
Reuters

LONDON: Atletico Madrid mengesahkan penyerang Chelsea, Alvaro Morata menyertai kelab Sepanyol itu secara pinjaman sehingga penghujung musim depan.

Pemain bersusia 26 tahun itu menjalani ujian perubatan di Sepanyol bagi melengkapkan perpindahan itu selepas Chelsea mengikat penyerang antarabangsa Argentina, Gonzalo Higuain secara pinjaman minggu lalu.

Morata menghabiskan empat musim di akademi Atletico sebelum menyertai pesaing mereka Real Madrid.

Dia beraksi bersama Juventus sebelum menyertai Chelsea pada Julai 2017 dan menjaringkan 24 gol dalam 72 penampilan bersama kelab London itu.

Penampilan terakhirnya bersama Chelsea ketika berdepan Nottingham Forest pada 5 Januari lalu yang mana dia meledak kedua-dua gol untuk membantu skuad itu meraih kemenangan 2-0 dalam saingan Piala FA.

"Morata sudah membuktikan dirinya sebagai seorang penjaring prolifik dalam beberapa saingan liga di Eropah," jelas Atletico di laman web rasmi mereka.

"Dengan kehadiran Morata, kami menambah penyerang yang berbakat dalam kelab ini, yang mempunyai kemampuan menjaringkan gol dengan kaki dan kepalanya... dan bergandingan dengan rakan sepasukan."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 January 2019 @ 12:53 AM