Bauman mahu bantu serangan Kedah digeruni. FOTO Ihsan PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH (KFA)
Bauman mahu bantu serangan Kedah digeruni. FOTO Ihsan PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH (KFA)
Izzali Ismail


ALOR SETAR: Lima gol yang dijaringkan oleh Jonatan Bauman dalam aksi pra-musim bersama Kedah menjadikan bekas pemain Persib Bandung itu antara sandaran utama jentera serangan Skuad Lang Merah salam saingan Liga Malaysia musim ini.

"Saya hadir ke Kedah dengan beberapa impian dan saya mahu membuktikan kejayaan saya di sini,” kata pemain yang pernah bersama skuad remaja Argentina itu.

"Dengan kerja keras, saya berharap dapat membantu dan mencipta kejayaan untuk pasukan Kedah di mana ini satu pengalaman baharu untuk saya disini. Semua pemain menerima dan memberi kerjasama yang baik kepada saya dan ia memudahkan saya untuk menyesuaikan diri.

"Saya belum mencapai tahap kecergasan 100 peratus tetapi sedang bekerja keras mencapainya. Saya juga akan cuba menjaringkan seberapa banyak gol untuk Kedah musim ini.

"Di Liga Indonesia musim lalu, saya menjaringkan 12 gol dan lapan bantuan jaringan. Saya harap dapat memberi sumbangan lebih baik untuk Kedah dalam usaha memburu kejuaraan musim ini." 

Bauman juga mengakui dia kini semakin serasi dan memiliki kombinasi yang baik dengan penyerang utama kelahiran Sepanyol, Fernando Rodriguez di mana masing-masing mudah berkomunikasi dalam bahasa Sepanyol.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 January 2019 @ 6:45 PM