BUNGA api yang meletup menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan selama 35 minit. -Foto AFP
BUNGA api yang meletup menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan selama 35 minit. -Foto AFP
AFP

MARSEILLE: Marseille berjanji mengambil tindakan ke atas penyokong yang melontar bunga api yang menyaksikan perlawanan bertemu Lille di tempat sendiri terpaksa dihentikan selama 35 minit dengan salah seorang pemain kelab itu berkata, dia rela diludah berbanding berdepan situasi merbahaya.

Insiden itu berlaku pada minit ke-57 ketika Marseille ketinggalan apabila tiba-tiba bunga api dibaling ke tengah padang yang hampir megenai dua pemain tuan rumah serta pembantu pasukan itu.

Bunga api itu kemudian difahamkan meletup.

“Ia jatuh di belakang saya. Selepas itu ia meletup benar-benar di sebelah kaki saya,” kata pemain Marseille, Jordan Amavi.

Amavi kemudian dilihat menutup kedua-dua telinganya menggunakan tangan. Rakan sepasukan, Kevin Strootman kemudian menutup mukanya.

Perlawanan bagaimanapun diteruskan selepas pengadil, Amaury Delerue menghentikan selama lebih setengah jam.

Ditanya adakah dia berang selepas terkena bunga api, Amavi berkata: “Biarlah mereka mengkritik dan meludah kami kerana kami tidak cukup bagus.

“Tapi tindakan mereka agak berbeza sekali dan ia terlalu menyedihkan.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 January 2019 @ 12:39 PM