LACAZETTE (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. -Foto Reuters
LACAZETTE (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. -Foto Reuters
Reuters

LONDON: Arsenal kembali menyalakan harapan untuk menamatkan kedudukan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana apabila dua jaringan pada separuh masa pertama oleh Alexandre Lacazette dan Laurent Koscielny memastikan kemenangan selesa 2-0 ke atas Chelsea, awal pagi tadi.

Jentera serangan Chelsea yang kurang menyengat sekali lagi terbukti apabila mereka memiliki 64 peratus penguasaan bola tetapi tetap gagal menembusi pertahanan penuh berdisiplin Arsenal.

KOSCIELNY (dua dari kanan) jaring gol kedua Arsenal. -Foto EPA
KOSCIELNY (dua dari kanan) jaring gol kedua Arsenal. -Foto EPA

Arsenal jauh lebih berbisa dengan serangan lebih dominan sebelum jaringan hebat Lacazette pada minit ke-14 dan tandukan Koscielny pada minit ke-38 membolehkan mereka mendahului pada separuh masa pertama dan sudah cukup buat Arsenal untuk kemenangan ketiga mereka di tempat sendiri ke atas Chelsea dalam tempoh 10 tahun.

Gunners kembali menduduki tangga kelima dengan 44 mata selepas memintas Manchester United berdasarkan perbezaan gol.

Bagaimanapun, kemenangan Arsenal itu dibayangi insiden pertahanan kanan Hector Bellerin yang terpaksa diusung keluar akibat kecederaan lutut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 January 2019 @ 8:33 AM