PEMAIN Arab Saudi meraikan jaringan Fahad. -Foto Reuters
PEMAIN Arab Saudi meraikan jaringan Fahad. -Foto Reuters
AFP

DUBAI: Juara tiga kali, Arab Saudi mempamer aksi meyakinkan ketika menewaskan Korea Utara yang beraksi dengan 10 pemain 4-0 pada perlawanan pertama Kumpulan E Piala Asia, awal pagi tadi.

Prestasi meyakinkan itu menyaksikan Arab Saudi muncul salah satu pasukan pilihan untuk memenangi Piala Asia bersama Iran yang membelasah Yaman 5-0, kelmarin.

Arab Saudi melakukan serangan sejak awal permainan lagi dan Hatan Bahbri meletakkan mereka di depan pada minit ke-28.

Kedudukan menjadi 2-0 sembilan minit kemudian selepas sepakan percuma Hussain Almoqahwi kemudian disempurnakan oleh Mohammed Al-Fatil.

Kedudukan Korea Utara semakin sukar selepas Hang Kwang Song dilayangkan kad kuning kedua selepas menjatuhkan Almoqahwi.

Salem Al-Dawsari menjadikan kedudukan 3-0 menerusi penyudah cantik pada minit ke-69 sebelum Fahad Al-Muwallad menambah gol keempat tiga minit sebelum tamat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 11:30 AM