KEVIN ANDERSON
KEVIN ANDERSON
Agensi

 

ACAPULCO: Edisi ke-29 Abierto Mexicano Telcel dijangka berlangsung di Acapulco Princess Mundo Imperial antara 25 Februari hingga 2 Mac dan seperti musim lalu ia antara paling sukar dalam kejohanan ATP 500 dengan empat pemain dalam kelompok 10 terbaik dan juara Grand Slam tiga kali akan turut beraksi. 

Selepas mengesahkan kehadiran juara 17 kali Grand Slam dan juara Auckland dua kali, Rafael Nadal (pemenang terakhir kejohanan ketika di atas di gelanggang tanah liat sebelum bertukar ke gelanggang keras tahun berikutnya), beberapa nama pemain terkemuka turut mengesahkan penyertaan. 

Antaranya Alexander Zverev, John Isner, Stan Wawrinka dan David Ferrer, selain pemain ranking keenam dunia Kevin Anderson yang akan membuat penampilan keempatnya di Acapulco.

Pemain berusia 32 tahun dari Afrika Selatan itu mempamerkan aksi cemerlang sepanjang tahun ini apabila memenangi 47 perlawanan dan menjulang kejuaraan di New York dan Vienna untuk berada dalam kelompok lima terbaik dunia buat pertama kali dalam kariernya. 

Selain itu dia turut memenangi pertarungan penuh epik di separuh akhir Wimbledon ketika bertemu John Isner dalam perlawanan yang berlangsung lebih dari enam jam 30 minit seterusnya mara ke final kedua Grand Slam sebelum tewas kepada Novak Djokovic dalam pertarungan straight set. 

Anderson yang juga finalis di Pune dan Acapulco, turut mara ke separuh akhir di Madrid dan Toronto, suku akhir Indian Wells, Miami dan Shanghai.

Berbekal rentak konsisten itu selepas beraksi di final ATP buat pertama kali, Anderson meletakkan sasaran lebih tinggi pada 2019 dan akan ke berkunjung ke Acapulco dengan sasaran bergelar juara. 

Dia tewas kepada Grigor Dimitrov pada final 2014 yang ditentukan oleh tie break selepas bertarung selama tiga jam. 

Setahun kemudian, Kei Nishikori menewaskan Kevin di separuh akhir dan pemain Afrika Selatan itu kembali pada 2018 tetapi dikecewakan Juan Martin del Potro yang menang 6-4, 6-4 untuk terus membuatkan Anderson gigit jari.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Disember 2018 @ 11:33 AM