JARINGAN Ben Yedder (kiri) lewat perlawanan menyelamatkan Sevilla daripada kekalahan kepada Leganes. FOTO AFP
JARINGAN Ben Yedder (kiri) lewat perlawanan menyelamatkan Sevilla daripada kekalahan kepada Leganes. FOTO AFP
AFP

MADRID: Sevilla terlepas peluang mencabar kedudukan pendahulu dalam carta La Liga biarpun jaringan pemain Wissam Ben Yedder lewat perlawanan menyelamatkan mereka daripada kekalahan ketika bergelut bertemu Leganes.

Tandukan Mikel Vesga dilihat mampu memberi kemenangan penuh bermakna buat Leganes untuk keluar daripada zon penyingkiran namun Yedder meranapkan peluang itu apabila meledak gol penyamaan minit ke-91 untuk Sevilla menamatkan perlawanan dengan keputusan 1-1. 

Pelawat kini ketinggalan dua mata di belakang Atletico Madrid menjelang cuti musim sejuk dan lima mata ketinggalan kepada pendahulu Barcelona. 

Sevilla terpaksa beraksi 10 pemain pada babak kedua selepas Franco Vazquez dibuang padang di separuh masa pertama kerana mengasari pemain lawan. 

"Pasukan menunjukkan semangat juang yang tinggi," kata jurulatih Pablo Machin.

"Wissam mempunyai naluri ketajaman di depan gol. Saya tidak pasti sama ada ini satu kemenangan tapi ia menunjukkan pasukan mempunyai jiwa dan keberanian." 

Leganes mampu melakar emenangan apabila dua percubaan terkena palang gol, peluang terakhir itu hadir hanya beberapa minit sebelum Ben Yedder meledakkan gol penyamaan.

Mereka kini mencipta dua kemenangan dan tiga seri dalam lima perlawanan terakhir, kelebihan empat mata mengatasi pasukan yang berada di atas zon penyingkiran. 

Sevilla berada di persada liga bulan lalu dengan ramai melihat pasukan Machin sebagai pencabar utama gelaran juara liga dan penyokong mengharapkan kemenangan ke atas Leganes. -AFP 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Disember 2018 @ 8:55 AM