BEKAS penjaga gol antarabangsa Sepanyol, Iker Casillas (kiri) bersama Mourinho. FOTO Agensi
BEKAS penjaga gol antarabangsa Sepanyol, Iker Casillas (kiri) bersama Mourinho. FOTO Agensi
AFP

MANCHESTER: Jose Mourinho menyambung semula perbalahan dengan bekas penjaga gol antarabangsa Sepanyol, Iker Casillas selepas mendakwa legenda Real Madrid itu adalah dalang di belakang kempen menyingkirkan David De Ge dari skuad kebangsaan.

Penjaga gol Manchester United itu kembali menjadi bahan kritikan minggu lalu selepas Sepanyol tumpas 2-3 kepada Croatia dalam saingan Liga Negara Eropah yang menyebabkan mereka terlepas slot ke separuh akhir.

Ia juga membolehkan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga mengambil alih tempat De Gea untuk aksi persahabatan menentang Bosnia & Herzegovina.

Bagaimanapun, Mourinho memberi bayangan bahawa bekas anak buahnya di Madrid, Casillas, yang dikaitkan akan kembali keluar dari persaraan, memainkan peranan sambil didorong oleh media sekali gus menyingkirkan pemain United itu dari skuad Sepanyol.

"Kenapa berlakunya kritikan di Sepanyol? Anda tahu?. Saya tahu. Ia kerana disebabkan seseorang yang mempunyai kuasa dan beranggapan dia bakal kembali 'melompat' namun saya rasa ia sangat sukar jika anda mempunyai penjaga gol lain yang terbaik di dunia," kata Mourinho.

De Gea di antara pemain Sepanyol yang dikritik teruk secara terbuka kerana mempamerkan aksi mengecewakan di Piala Dunia Russia. 

Mourinho dan Casillas mempunyai hubungan dingin ketika pengurus dari Portugal itu mengendalikan Real selama tiga tahun dan sentiasa berbalas kenyataan sejak dari itu.

Mourinho berkata, penjaga gol veteran yang sekarang ini berusia 37 tahun dan beraksi di Porto, menggunakan hubungan baik dengan media untuk memberi tekanan kepada De Gea berbanding mempengaruhi pengurus Sepanyol, Luis Enrique.

"Tidak, bukan mempengaruhi pengurus. Saya sangat mengenalinya (pengurus). Bagaimanapun, jika mempengaruhi pengurus, ya saya bersetuju," kata Mourinho.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 November 2018 @ 9:27 AM