TERRY tidak gemar kekalahan ketika sertai Villa. FOTO/AGENSI
TERRY tidak gemar kekalahan ketika sertai Villa. FOTO/AGENSI
Agensi

LONDON: John Terry dilaporkan dalam perjalanan untuk melakukan ujian perubatan bersama Spartak Moscow sebagai proses melengkapkan perpindahan ke kelab Russia itu.

Bekas pertahanan Chelsea itu tidak menyertai mana-mana kelab sejak meninggalkan Aston Villa pada hujung musim lalu.

Dia bakal mengisi kekosongan ditinggalkan Samuel Gigot yang dijangka terlepas keseluruhan kempen akibat kecederaan, menurut Sky Italia.

Pemain berusia 37 tahun itu memberi isyarat untuk kembali ke Villa minggu ini tetapi memilih untuk tidak menyertai semula skuad kendalian Steve Bruce.

“Saya suka saat saya di Aston Villa,” katanya kepada Daily Mail. “Pengurus, pemain dan penyokong sangat luar biasa bersama saya, tapi saya tidak suka kekalahan dan saya rasa ada urusan yang belum selesai di sana.

“Steve Bruce adalah seorang yang hebat dan dengan sokongan pemilik baru, Steve diharap dapat kembali ke Liga Perdana.

“Jangan salahkan saya, jika saya tidak lagi bersama pasukan. Saya berpuas hati dengan kerjaya yang sukar dipercayai ini, tetapi saya masih dahaga untuk beraksi jika ia baik untuk saya dan keluarga.”

Terry dijangka akan tampil bersama kelab barunya pada aksi berdepan Rangers selepas kedua-dua pasukan itu diundi dalam kumpulan sama di Liga Europa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 September 2018 @ 8:43 PM