AKSI Chew Yiwei dalam acara 3 meter papan anjal lelaki akhir Sukan Asia. Foto AFP
AKSI Chew Yiwei dalam acara 3 meter papan anjal lelaki akhir Sukan Asia. Foto AFP
Daripada Azidan Nahar dan Azlan Muhammad Zain

 

KEJUTAN dicipta penerjun lelaki, Chew Yiwei apabila meraih gangsa dalam acara 3 meter papan anjal di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno, malam tadi.

Yiwei memungut 456.20 mata daripada enam terjunan.

Emas dimenangi penerjun China, Xie Siyi yang mengumpul 560.80 mata.

Perak juga dimenangi wakil China, Cao Yuan dengan 540.05 mata.

Yiwei sebelum ini dibayangi rakan senegara, Ooi Tze Liang sebelum membuktikan dia juga mampu menamatkan saingan di kedudukan podium.

Sementara, Tze Liang menamatkan saingan di kedudukan ketujuh daripada keseluruhan 12 penerjun selepas hanya meraih 413.05 mata.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 September 2018 @ 12:07 AM