PEMAIN FELDA United FC, Thiago Augusto Fernandes (tiga dari kanan) meraikan jaringan gol keempat ketika menentang PDRM pada perlawanan unifi Piala Malaysia 2018 di Stadium Hang Jebat, Krubong. FOTO Rasul Azli Samad
PEMAIN FELDA United FC, Thiago Augusto Fernandes (tiga dari kanan) meraikan jaringan gol keempat ketika menentang PDRM pada perlawanan unifi Piala Malaysia 2018 di Stadium Hang Jebat, Krubong. FOTO Rasul Azli Samad
Nazri Abu Bakar


FELDA United  tidak berdepan kesukaran untuk membelasah PDRM 5-0 pada aksi kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Bagaimanapun aksi sepanjang 45 minit pertama sedikit membosankan apabila kedua-dua pasukan terlalu berhati-hati mengatur gerakan.

Hanya percubaan pemain import PDRM Petrisor Voinea pada minit ke-33 sedikit mencemaskan kubu pelawat sebelum tersasar melepasi palang.

Anak buah B Sathianathan turut memiliki peluang untuk membuka jaringan namun rembatan Christie Jayaseelan pada minit ke-34 berjaya diselamatkan penjaga gol Willfred Jabun.

Sementara rembatan Gilberto Fortunato pada minit ke-40 juga gagal memecah kebuntuan untuk ke bilik persalinan tanpa sebarang jaringan.

Peluang terbaik buat The Cops mendahului pelawat hadir pada minit ke-45 namun percubaan Fauzi Majid sekadar menggegar palang gol.

Babak kedua menyaksikan FELDA membuka jaringan menerusi import Brazil Thiago Agusto (m-54). Selang tiga minit Augusto menghadiahkan sepakan penalti untuk pasukannya apabila dia dijatuhkan oleh Woonsub Sim dan Fortunato menyempurnakan sepakan untuk gol kedua FELDA.

Kapten FELDA Mohd Shukor Adan menambah jaringan pada minit ke-71 diikuti dua gol pelengkap hatrik Agusto (m-80, 89).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Ogos 2018 @ 11:29 PM