PEMAIN baharu City, Douglas Luiz. FOTO Agensi
PEMAIN baharu City, Douglas Luiz. FOTO Agensi
AFP

PENGENDALI Manchester City Pep Guardiola kesal selepas keputusan permit kerja tonggak tengahnya, Douglas Luiz ditolak ketika jendela perpindahan sudah pun ditutup Khamis lalu.

Luiz, 20, yang menyertai City dengan nilai perpindahan 10.7 juta pound (RM55.8 juta) dari Vasco Da Gama musim lalu, sekali lagi akan beraksi di luar secara pinjaman.

Menurut Guardiola, jika keputusan permit itu dimaklumkan lebih awal, pihaknya boleh mencari pemain lain untuk disenaraikan dalam skuad musim ini 

"Saya lebih suka kalau keputusan tidak diumumkan lewat. Jika bertegas bahawa peraturan tetap peraturan, lebih baik beritahu saya 15 hari sebelum dan kami mungkin tahu apa yang boleh diputuskan," kata Guardiola.

"Tetapi mereka hanya memberitahu sehari sebelum ini (selepas jendela perpindahan ditutup) bahawa dia tidak boleh bermain.

"Sukar untuk saya faham. Pengurus Brazil (Tite) dan saya lebih tahu daripada pihak yang memutuskan dia tidak boleh bermain. Ia sangat bodoh untuk mengatakan dia tidak mahu bermain.”

Pada aksi pembuka tirai merebut Piala Perisai Komuniti Ahad lalu, The Citizens menundukkan Chelsea 2-0 hasil ledakan bintang Argentina, Sergio Aguero pada setiap babak untuk membolehkan pasukannya merangkul gelaran itu buat kali kelima. – AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Ogos 2018 @ 8:46 PM