PENJAGA gol legenda Mesir, Essam El-Hadary bersara pada usia 45 tahun. FOTO Agensi
PENJAGA gol legenda Mesir, Essam El-Hadary bersara pada usia 45 tahun. FOTO Agensi
Agensi

PENJAGA gol legenda Mesir, Essam El-Hadary yang menjadi pemain tertua beraksi di Piala Dunia Russia mengumumkan bersara daripada pentas bola sepak antarabangsa.

Pemain berusia 45 tahun itu memulakan kerjayanya pada 1996 dan bermain sebanyak 159 perlawanan bersama skuad kebangsaan Mesir sepanjang dua dekad.

Dia membantu Mesir memenangi empat kejuaraan Negara-Negara Afrika pada1998, 2006, 2008 dan 2010, tetapi dinafikan kejuaraan kelima pada tahun lalu selepas tewas kepada Cameroon.

Turut memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik Afrika sebanyak empat kali, El-Hadary melakar sejarah di Piala Dunia 2018 apabila menjadi pemain tertua beraksi di kejohanan elit itu apabila disenarai bagi perlawanan terakhir menentang Arab Saudi.

“Ada pengakhiran bagi setiap permulaan, selepas begitu lama berfikir, saya mengambil keputusan untuk bersara daripada pentas antarabangsa selepas 22 tahun, 4 bulan dan 12 hari sejak perlawanan pertama saya dengan Mesir.

“Saya melihat ini adalah tempoh yang sempurna untuk menggantung sarung tangan selepas kami membuatkan seluruh rakyat Mesir kembali gembira dengan penyertaan di Piala Dunia.

“Ini adalah masa yang saya tidak mahu ia datang, saya berlatih dengan gigih setiap hari dan malam untuk mencapai prestasi terbaik dan untuk bersama skuad kebangsaan Mesir.

“Akhir sekali, terima kasih kepada Tuhan atas segala-galanya.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada keluarga kerana sentiasa membantu saya terutama kepada ayah dan semua orang atas sokongan mereka bagi membantu saya mencapai kejayaan ini.” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Ogos 2018 @ 11:43 AM