PITANA (dua dari kanan) memberikan sepakan penalti kepada Perancis selepas merujuk VAR. -Foto AFP
PITANA (dua dari kanan) memberikan sepakan penalti kepada Perancis selepas merujuk VAR. -Foto AFP
Reuters

MOSCOW: Sistem Video Bantuan pengadil (VAR) digunakan buat kali pertama di final Piala Dunia apabila Perancis dianugerahkan dengan sepakan penalti pada minit ke-38 yang menyaksikan Antoine Griezmann menyempurnakannya bagi membolehkan Les Bleus mendahului Croatia 2-1.

Pengadil, Nestor Pitana sedar bahawa bola terkena tangan pemain Croatia dan selepas merujuk kepada skrin di tepi padang, beliau memutuskan bahawa Ivan Perisic sengaja menghalang bola dengan tangan dalam usaha menyelamatkan pintu golnya.

Sebelum itu, aksi final di Stadium Luzhniki menyaksikan gol sendiri pertama di final Piala Dunia apabila bola terkena penyerang Croatia, Mario Manduzkic dan melepasi jangkauan penjaga golnya sekali gus meletakkan Perancis di depan pada minit ke-18.

Badan induk bola sepak dunia, FIFA menganggap penggunaan VAR di pusingan akhir Piala Dunia di Russia sebagai satu kejayaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 1:29 AM