PENGADIL dari Argentina, Nestor Pitana bakal mengadili aksi final Piala Dunia 2018 antara Perancis dan Croatia. FOTO EPA-EFE
PENGADIL dari Argentina, Nestor Pitana bakal mengadili aksi final Piala Dunia 2018 antara Perancis dan Croatia. FOTO EPA-EFE
AFP

MOSCOW: Nestor Pitana dari Argentina diumumkan sebagai pengadil perlawanan akhir Piala Dunia antara Perancis dan Croatia, umum Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sebentar tadi.

Pitana, yang juga bekas pelakon sebelum ini mengendalikan perlawanan pembukaan antara tuan rumah Russia menentang Arab Saudi serta aksi suku akhir Perancis berdepan Uruguay.

Kali ini, beliau sekali lagi diberi tugas besar menjadi watak penting dalam pertembungan final di Stadium Luzhniki, Moscow.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Julai 2018 @ 3:25 AM