SOUTHGATE mungkin akan gugurkan Sterling dan memasukkan Rashford. -Foto Reuters
SOUTHGATE mungkin akan gugurkan Sterling dan memasukkan Rashford. -Foto Reuters

NIZHNIY NOVGOROD: Gareth Southgate yang ‘tenang’ semalam meredakan ketegangan dengan media mengenai pemilihan pemain England yang ‘bocor’ bagi saingan Piala Dunia menentang Panama sambil berkata bahawa ia bukanlah kesebelasan utamanya.

Pertelagahan tercetus antara kem England dan media British awal minggu ini selepas gambar menunjukkan pembantu Southgate, Steve Holland membawa senarai pemilihan pasukan bagi saingan Kumpulan G hari ini di Nizhny Novgorod yang mendedahkan dia mungkin menggugurkan Raheem Sterling dan memasukkan Marcus Rashford.

Kemudian menerusi temubual, Southgate berkata media England perlu membuat keputusan “sama ada mereka mahu membantu pasukan atau tidak” yang mencetuskan perbalahan mengenai peranan dimainkan media.

Namun dalam sidang akhbar sejak perbalahan itu bermula, Southgate berkata dia agak berlebihan dalam menangani perkara itu.

“Saya membuat pemerhatian seimbang semalam dengan saya sudah mendapat sedikit rentak,” kata jurulatih itu.

“Saya sepatutnya menerangkan pandangan saya bahawa saya amat memahami media ada peranan melaporkan berita.

“Berdasarkan pemerhatian yang mungkin saya tidak sampaikan dengan cara betul, ia pasti satu kelebihan buat kami atau pasukan lawan jika anda tahu taktik pasukan lain.

“Pada kami, saya tidak menjangkakan media untuk menjadi penyokong kami berdasarkan cara kerja mereka, mereka berada di sini untuk bekerja, saya tahu mereka mahu kami beraksi baik, ia adalah jelas sepanjang kejohanan.” - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Jun 2018 @ 1:40 AM