PEMAIN Jerman, Mesut Ozil terlepas aksi pemanas badan terakhir. FOTO AFP
PEMAIN Jerman, Mesut Ozil terlepas aksi pemanas badan terakhir. FOTO AFP
AFP

BINTANG Arsenal, Mesut Ozil terlepas aksi pemanas badan terakhir Jerman menjelang Piala Dunia susulan kecederaan lutut, menurut Persekutuan Bolasepak Jerman (DBF), hari ini.

Begitupun, kecederaan dialami pemain tengah menyerang itu tidak serius dan dijangka masih boleh beraksi di Russia.

Ozil, 29, akan menonton perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi di Leverkusen, Sabtu ini di bangku simpanan selepas lutut kirinya lebam tetapi dia tetap mampu berlari ketika latihan, hari ini.

Selepas mengalami kecederaan ketika kekalahan mengejut 1-2 kepada Austria, Sabtu lalu, Ozil tidak menyertai sesi latihan penuh sejak empat hari lalu di Eppan, Utara Itali.

“Ia bukan sesuatu yang dramatik, kami hanya tidak mahu mengambil sebarang risiko dan mahu boleh berlari ketika latihan,” kata Pengarah Pasukan Jerman, Oliver Bierhoff.

“Saya jangkakan dia boleh beraksi untuk Piala Dunia.”

Ozil, yang menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris 2017/18 dengan kecederaan belakang terdesak untuk memulihkan keadaan lututnya sebelum perlawanan pertama Jerman di Russia menentang Mexico pada 17 Jun.

Mereka turut diundi bersama Korea Selatan dan Sweden dalam Kumpulan F.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Jun 2018 @ 10:11 PM