MOHD Izzat menangi Perlumbaan 1 kelas Underbone 150cc pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Australia, hari ini.
MOHD Izzat menangi Perlumbaan 1 kelas Underbone 150cc pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Australia, hari ini.
Sukhairi Thani


MOHD Izzat Zaidi menghadiahkan podium buat Malaysia apabila memenangi Perlumbaan 1 kelas Underbone 150cc pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) yang berlangsung di Litar The Bend Motorsport, Australia, hari ini.

Pelumba RCB Yamaha YY Pang Racing yang memulakan perlumbaan dari petak kelima menamatkan tujuh pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16 minit 23.831 saat sekali gus melonjak ke tangga teratas dalam senarai keseluruhan dengan jumlah 58 mata.

Seorang lagi pelumba negara, Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing) turut menghadiahkan podium selepas mengetepikan saingan sengit Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa keseluruhan 16’23.947s manakala Wahyu di tempat ketiga, hanya dengan perbezaan 0.021s.

Helmi bagaimanapun jatuh ke tangga kedua dalam senarai keseluruhan dengan 56 mata, diekori Wahyu 36 mata.

“Saya gembira dengan kemenangan pertama musim ini memandangkan agak ketinggalan pada awal perlumbaan selepas berlaku insiden membabitkan pelumba lain pada awal perlumbaan.

“Selepas itu, saya berjaya mengejar dan pada dua selekoh terakhir, Helmi dan Wahyu bersaing sesama sendiri dan membuka ruang untuk saya memecut dan memintas mereka seterusnya memenangi perlumbaan.

“Saya menghadiahkan kemenangan ini kepada pasukan dan semua yang menyokong dan membantu saya,” kata Izzat.

Dalam saingan Asia Production 250cc menyaksikan penguasaan tiga pelumba Indonesia dengan kemenangan menjadi milik Rheza Danica Ahrens (Astra Honda Racing Team) diikuti rakan sepasukan, Mario Suryo Aji.

Kedua-dua pelumba menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 19’18.357s dan 19’18.436s. Andy Muhammad Fadly (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) di tempat ketiga dengan masa 19:25.995s.

Penamat di tempat keempat cukup untuk membantu Anupab Sarmoon (YAMAHA Thailand Racing TEAM) untuk kekal mendahului senarai keseluruhan dengan mengumpul 49 mata. Rheza di kedudukan kedua dengan 48 mata diikuti Mario ketiga, 46 mata.

 

Keputusan Perlumbaan 1

AP250

1. Rheza Danica Ahrens (Astra Honda Racing Team) 19:18.357s

2. Mario Suryo Aji (Astra Honda Racing Team) 19:18.436s

3. 108 Andy Muhammad Fadly (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) 19:25.995s

4. Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing Team) 19:26.398s

5. Muklada Sarapuech (A.P. Honda Racing Thailand) 19:28.491s

Kedudukan Keseluruhan

1. Anupab Sarmoon (YAMAHA Thailand Racing TEAM) 49 mata

2. Rheza Danica Ahren (Astra Honda Racing Team) 48 mata

3. Mario Suryo Aji (Astra Honda Racing Team) 46 mata

4. Muklada Sarapuech (AP Honda Racing Thailand) 42 mata

5. Rafid Topan Sucipto (Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super battery) 39 mata

UB150

1. Md Izzat Zaidi (RCB Yamaha YY Pang Racing) 16:23.831s

2. Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) 16:23.947s

3. Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) 16:23.968s

4. Md. Aiman Azman (Yuzy Honda Vietnam Racing Team) 16:24.253s

5. Md Akid Aziz (UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team) 16:26.286s

Kedudukan Keseluruhan

1. Md Izzat Zaidi (RCB Yamaha YY Pang Racing) 58 mata

2. Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) 56 mata

3. Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) 36 mata

4. Md Affendi Rosli (Team One For All) 34 mata

5. Md Amirul Ariff Musa (Yuzy Honda Vietnam Racing Team) 31 mata

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 April 2018 @ 6:42 PM