BEREGU ping pong negara, Choong Javen (kanan) ketika aksi menentang beregu   India. FOTO/YAZIT RAZALI
BEREGU ping pong negara, Choong Javen (kanan) ketika aksi menentang beregu India. FOTO/YAZIT RAZALI
Daripada Ajitpal Singh dan Nor Hairulnizam Wahid di Gold Coast

SKUAD ping pong negara mencatat kemenangan 100 peratus pada aksi peringkat kumpulan acara perseorangan di Oxenford Studios hari ini.

Leong Chee Fong menewaskan Yuvraaj Dookram dari Trinidad dan Tobago 4-1 sebelum menewaskan Felix Lartey dari Ghana 4-0 dalam acara perseorangan lelaki.

Begitu juga dengan Muhammad Ashraf Haiqal Muhamad Rizal yang menewaskan Carlton Daniel dari St Vincent dan Grenadines 4-0 sebelum menewaskan Kane Watson dari Jamaica 4-2.

Javen Choong pula menewaskan Devesh Hukmani dari Belize 4-0 sebelum menewaskan Colin Dalgleish dari Scotland 4-1.

Bagi kategori wanita Ying Ho menewaskan Neema Mwaisyula dari Tanzania 4-0 sebelum mengecewakan Natalie Cummings dari Guyana 4-1.

Karen Lyne turut cemerlang apabila menewaskan Trenance Lowe dari Guyana 4-1 sebelum menewaskan Xuan Li dari Fiji, 4-0.

Alice Chan melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia apabila menewaskan Halima Nambozo dari Uganda dan Anna Hursey dari Wales kedua-duanya dengan 4-0 .

“Ini adalah perlawanan pertama untuk acara perseorangan jadi saya cuba yang terbaik untuk memenangi perlawanan itu,” kata Ying selepas menewaskan Neema.

“Saya gembira kerana hasil usaha ini membantu saya memenanginya dan ia benar-benar sesuatu yang menyeronokkan.”

Turut cemerlang pada aksi hari ini adalah pemain ping pong paralimpik negara Mohamad Azwar Bakar yang menewaskan pemain Kanada Ian Kent 3-1

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 April 2018 @ 8:43 PM