PRESIDEN Iceland Gudni Thorlacius Johannesson antara pemimpin Iceland yang tidak akan  menyaksikan Piala Dunia di Russia. FOTO/AFP
PRESIDEN Iceland Gudni Thorlacius Johannesson antara pemimpin Iceland yang tidak akan menyaksikan Piala Dunia di Russia. FOTO/AFP
Reuters

REYKJAVIK: Pemimpin Iceland tidak akan menyaksikan Piala Dunia di Russia sebagai sokongan tindak balas antarabangsa terhadap Kremlin yang didakwa melakukan seragan ejen saraf ke atas bekas pengintip Russia di England.

Kerajaan British mendakwa Moscow bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Walaupun negara kecil yang mempunyai jumlah penduduk sekitar 300,000 itu mencipta sejarah layak buat pertama kali ke Piala Dunia, tetap tidak akan ada diplomat mereka di Piala Dunia, menurut jurucakap Kementerian Luar, awal pagi tadi.

“Di antara langkah sementara yang diambil Iceland ialah menggantung semua dialog perdagangan dengan pihak Russia termasuklah tidak menghadiri upacara perasmian mahupun perlawanan Piala Dunia di Russia.”

Semalam, Perdana Menteri British, Theresa May berkata, sejumlah 130 orang terdedah dengan ejen saraf yang didakwa digunakan untuk meracun bekas pengintip, Sergei Skripal dan anaknya di Salisbury pada 4 Mac lalu.

Theresa mengalu-alukan persetujuan 19 negara yang menghalau keluar pegawai Russia termasuk 14 negara Kesatuan Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Mac 2018 @ 1:16 PM