MACRON memegam bola sepak yang dihadiahkan Perdana Menteri Norway ketika mesyuarat di Elysee Palace, Paris pada 6 Julai 2018. FOTO AFP
MACRON memegam bola sepak yang dihadiahkan Perdana Menteri Norway ketika mesyuarat di Elysee Palace, Paris pada 6 Julai 2018. FOTO AFP
AFP

PRESIDEN Perancis, Emmanuel Macron akan menyaksikan peringkat separuh akhir Piala Dunia di Russia, walau sekutu kuat Britain itu melancarkan boikot diplomatik ke atas negara penganjur berkenaan susulan serangan ejen saraf, kata pejabatnya semalam.

Macron berjanji untuk menghadiri perlawanan itu jika Perancis sampai ke peringkat separuh akhir Selasa ini di Saint Petersburg, dan ia disahkan sebaik negara itu menewaskan Uruguay 2-0.

“Tahniah buat pasukan kita. Kita jumpa Selasa ini!” kata Presiden itu di Twitter selepas perlawanan tamat.

Pegawai British memboikot kejohanan itu selepas mendakwa Moscow cuba membunuh bekas pengintip Russia, Sergei Skripal di sebuah bandar di England Mac lalu.

Kremlin tegas menafikan menjadi dalang di sebalik serangan ke atas Skripal dan anak perempuannya, menggunakan ejen saraf buatan Soviet dikenali sebagai Novichok.

Isu itu kembali hangat selepas seorang lelaki dan perempuan yang menetap di bandar barat daya Salisbury yang sama jatuh sakit Sabtu lalu selepas terdedah kepada bahan kimia yang sama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Julai 2018 @ 1:51 PM