KOEMAN gembira dengan prestasi anak buah. FOTO/AFP
KOEMAN gembira dengan prestasi anak buah. FOTO/AFP
AFP

GENEVA: Ronald Koeman meraih kemenangan pertama selepas mengemudi pasukan kebangsaan Belanda apabila menang selesa 3-0 mengatasi Portugal di Geneva awal pagi tadi.

Naib juara tiga kali Piala Dunia itu gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia tahun ini di Russia, namun pertemuan kedua Koeman selaku jurulatih menyaksikan jaringan Memphis Depay, Ryan Babel dan Virgil van Dijk membantu kemenangan itu.

Ia malam yang mengecewakan buat juara Eropah, Portugal menjelang Piala Dunia ketika tonggak pasukan, Cristiano Ronaldo menjadi individu terpencil hanya selepas tiga hari dua jaringannya menumbangkan Mesir 2-1.

“Mereka ada empat peluang dan menjaringkan tiga gol, mereka berhak menang,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos.

PEMAIN Belanda, Nathan Ake (tengah) mengekang pemain Portugal. FOTO/AFP
PEMAIN Belanda, Nathan Ake (tengah) mengekang pemain Portugal. FOTO/AFP

“Dua tahun lalu, sebelum Euro, kami tewas di laman sendiri kepada Bulgaria. Saya tidak rasa kami hilang keyakinan, saya masih percaya pemain ini pada masa depan.”

Belanda yang tewas 1-0 kepada England di Amsterdam Jumaat lalu, membuka jaringan pada minit ke-11 ketika Depay mendapat gol pertama buat Koeman apabila dia meledak dari dalam kotak penalti.

Jaringan itu hadir ketika Portugal mendominasi peringkat awal permainan dengan kombinasi luar biasa 5-3-2 digunakan Belanda.

“Kami mengambil keputusan bermain dengan sistem sama sekali berbeza berbanding pernah digunakan pasukan sejak bertahun lalu,” kata bekas bos Everton, Koeman.

“Perbezaan antara malam ini dan Jumaat lalu ialah kami lebih selesa dan menjaringkan gol dengan pantas. Pasukan ada keyakinan.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Mac 2018 @ 8:11 AM