BALE kembali temui sentuhan. FOTO/AFP
BALE kembali temui sentuhan. FOTO/AFP
AFP

MADRID: Kedua-dua Gareth Bale dan Real Madrid mungkin sudah kembali mendapatkan sentuhan masing-masing namun cabaran mereka kini adalah mengekalkan momentum menjelang aksi Liga Juara-Juara berdepan Paris Saint-Germain.

Real berkunjung ke Espanyol dalam aksi La Liga awal pagi esok, dengan harapan merapatkan jurang dengan pendahulu Barcelona yang akan ke Las Palmas dua hari kemudian. 

Atletico Madrid di tangga kedua akan menentang Leganes  awal pagi Khamis.

Namun dengan Barca 14 mata mengatasi Los Blancos dan semakin jauh daripada jangkauan, keutamaan bagi skuad Zinedine Zidane adalah meneruskan rentak kemenangan selepas menang lima perlawanan berturut-turut.

Bale pastinya paling bersemangat selepas menempuhi kecederaan musim ini namun mempamerkan aksi cemerlang dan menjaringkan gol ketika menewaskan Alaves 4-0 kelmarin.

Berdepan perlawanan kedua Liga Juara-Juara berdepan PSG minggu depan, pemain Wales itu berharap dapat mengulangi prestasi terbaiknya untuk gandingan bersama Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema, yang digelar ‘BBC’.

Tempat Bale bagaimanapun tidak terjamin. Dia digugurkan daripada kesebelasan utama menentang Leganes minggu lalu dan Zidane lebih memilih Isco ketika berdepan PSG, sewaktu pasukannya menang 3-1.

Marco Ansensia juga memberi sumbangan penting biarpun diturunkan sebagai pemain simpanan.

Namun pada tahap terbaiknya, Bale mampu menjadi pemain yang hebat dan Espanyol mungkin akan berdepan musuh lain untuk membuktikan kehebatan mereka.

“Semakin hari semakin baik, inilah yang kami mahu, kami mahu melihat Gareth pada tahap 100 peratus,” kata Zidane.

“Kami bermain dengan baik tempoh hari dan menjaringkan gol. Perkara paling penting adalah sumbanganya di padang dan berharap dia sudah melakukan yang terbaik.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2018 @ 11:43 AM