IRFAN memberi arahan kepada pemain pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. FOTO GHAZALI KORI
IRFAN memberi arahan kepada pemain pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. FOTO GHAZALI KORI
Malik Muhamad


KETUA jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, gembira dengan karakter pemainnya yang disifatkan semakin 'masak' dengan ilmu diperturunkan.

Jurulatih berpengalaman itu mahu pemain skuad terus konsisten demi mencapai misi merangkul sekurang-kurangnya satu trofi kejuaraan musim ini.

Malah Irfan juga mengakui kombinasi diperagakan anak buahnya kini mula menampakkan keserasian selepas tiga perlawanan Liga Super dan masih belum tewas.

Terengganu FC setakat ini mencatat satu kemenangan dan dua seri.

“Saya gembira dengan aksi pemain mula mempamer aksi sebenar serta semangat juang tinggi.

“Mereka memperagakan corak permainan sebagai satu pasukan sehingga berjaya melakar keputusan yang menyakinkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Februari 2018 @ 4:17 PM