EXCO Belia, Sukan Dan Sumber Manusia Negeri Perak, Datuk Shahrul  Zaman Yahya (kiri) menyerahkan Piala Sultan Azlan Shah kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Shah. Foto ROHANIS SHUKRI
EXCO Belia, Sukan Dan Sumber Manusia Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya (kiri) menyerahkan Piala Sultan Azlan Shah kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Shah. Foto ROHANIS SHUKRI
Jugjet Singh


KEJOHANAN Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) menerima suntikan tajaan sebanyak RM1.88 juta yang diserahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini.

Sultan Nazrin meneruskan legasi kejohanan dengan menjemput lima pasukan utama beraksi di Ipoh, Perak dari 3 hingga 10 Mac depan.

Juara bertahan Piala Dunia, Australia; pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio, Argentina; juara Piala Asia, India; England dan Ireland akan bersaing dengan Malaysia selaku tuan rumah pada edisi ke-27 kejohanan itu.

Pengerusi Kejohanan, Datuk Rahim Ariff berkata, kejohanan itu dijangka menampilkan barisan pemain terbaik dunia yang akan melakukan persiapan untuk Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia dari 4 hingga 15 April diikuti Sukan Asia di Indonesia dari 18 Ogos sehingga 2 September.

“Saya yakin penganjuran kejohanan kali ini lebih baik berbanding sebelumnya yang menyaksikan Britain muncul juara dengan mengejutkan Australia.

“Ini kerana Australia, India, England dan Malaysia akan beraksi di Sukan Komanwel.

“Ia juga akan menjadi persiapan terbaik untuk Malaysia yang meletakkan sasaran untuk memenangi emas Sukan Asia sekali gus layak secara merit ke Sukan Olimpik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Februari 2018 @ 7:31 PM