DE BRUYNE (kiri) jaring gol kemenangan City pada aksi separuh akhir Piala Liga menentang Bristol City. -Foto EPA
DE BRUYNE (kiri) jaring gol kemenangan City pada aksi separuh akhir Piala Liga menentang Bristol City. -Foto EPA
Reuters

BRISTOL: Manchester City mara ke final Piala Liga sebentar tadi apabila memusnahkan harapan pasukan divisyen dua, Bristol City untuk melakukan kejutan, ketika pendahulu Liga Perdana itu bangkit mencipta kemenangan 3-2.

City menang menerusi agregat 5-3.

City tampak akan mara apabila jaringan Leroy Sane dan Sergio Aguero pada kedua-dua babak memberikan mereka tiga gol selepas dua perlawanan menerusi kemenangan 2-1 pada pusingan pertama.

Bagaimanapun lawan itu membawa mereka kembali ke perlawanan.

Marlon Pack mengurangkan jurang buat tuan rumah dan Aden Flint menjaringkan satu lagi gol pada penghujung permainan bagi menjadikan kedudukan 2-2, seterusnya peluang untuk satu lagi gol bagi memaksa tambahan masa.

Masih ada masa untuk satu lagi gol tapi malang buat pasukan itu apabila ia dijaringkan pemain pelawat Kevin De Bruyne dalam enam minit tambahan masa, memberikan skuad kendalian Pep Guardiola, Manchester City peluang bertemu sama ada Arsenal atau Chelsea pada final 25 Februari ini.

Satu lagi perlawanan kedua separuh akhir akan berlangsung awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 January 2018 @ 7:30 AM