MCKAYLA dakwa pernah alami penderaan seksual.
MCKAYLA dakwa pernah alami penderaan seksual.
Reuters

Los Angeles: Pemenang emas Sukan Olimpik, McKayla Maroney menyaman Persatuan Gimnastik Amerika Syarikat (USAG) dengan mendakwa organisasi itu memaksanya menandatangani satu persetujuan untuk tidak mendedahkan mengenai penderaan seksual dialaminya dari bekas doktor pasukan kebangsaan, Larry Nassar.

Tuntutan berkenaan difailkan peguam John Manly di mahkamah, di sini.

Berdasarkan salinan dilihat Reuters, ia menyatakan McKayla dipaksa menandatangani satu persetujuan secara sulit pada Disember 2016 susulan dirinya memerlukan wang bagi membayar rawatan psikologi.

Tuntutan itu juga menyatakan McKayla mengalami penderaan seksual dilakukan Nassar dari tahun 2009 hingga 2013 ketika remaja.

Saman difailkan bagi tujuan membatalkan perjanjian berkenaan selain mencari ganti rugi.

USAG dalam pada itu membalas isu berkenaan dalam satu kenyataan dengan berkata: “Konsep kerahsiaan itu digambarkan oleh peguam McKayla bukan Persatuan Gimnastik AS.”

Antara intipati lain McKayla menggambarkan yang dia dipaksa bersetuju secara rahsia “selepas menderita beberapa tahun daripada trauma psikologi terhadap penderaan seksual oleh Nassar dan memerlukan dana bagi membayar rawatan psikologi.”

Pada bulan ini, Nassar dijatuhkan hukuman penjara 60 tahun oleh hakim Mahkamah Daerah AS di Michigan atas tuduhan pornografi kanak-kanak yang ditimbulkan berdasarkan siasatan penderaan seks.

Nassar berada dalam pasukan perubatan untuk pasukan gimnastik wanita Universiti Michigan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Disember 2017 @ 10:17 AM