Mkhitaryan (kiri) sudah tiada tempat dalam skuad Special One. FOTO REUTERS
Mkhitaryan (kiri) sudah tiada tempat dalam skuad Special One. FOTO REUTERS
Mirror

JOSE Mourinho sudah sedia melepaskan Henrikh Mkhitaryan pada jendela perpindahan musim panas demi mendapatkan tandatangan Mesut Ozil sebagai pengganti.

Bos Manchester United itu meletak sasaran mendapatkan pemain tengah Arsenal itu yang tamat kontrak pada penghujung musim.

Apapun Mourinho perlu merombak skuad sebelum membawa pemain Jerman itu yang ditawarkan kontrak mega kerana Ozil dianggap ejen bebas selepas ini.

Mourinho begitu lantang mengkritik Mkhitaryan dan menuduhnya sering tenggelam punca dalam perlawanan.

Dia turut mengakui tempat untuk pemain antarabangsa Armenia itu sudah tiada biarpun sebagai pemain simpanan.

Ia sudah cukup buat pemain terbabit yang menyertai United daripada Borussia Dortmund pada nilai £30 juta (RM164 juta) pada jendela perpindahan 2016.

Gergasi Old Trafford itu yakin mereka mendapat kembali wang dibelanjakan selepas pemain berusia 28 tahun itu mempamer prestasi kurang memberangsangkan.

Mkhitaryan bergelut di United yang turut memiliki Juan mata sekaligus menjadikan Mourinho lebih sukar terutamanya membawa masuk seorang lagi pemain No.10.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Disember 2017 @ 6:44 PM