AKSI diantara Malaysia Cougars dan Arsenal dimana pasukan negara ditewaskan 2-1. -Foto KHAIRULL AZRY BIDIN
AKSI diantara Malaysia Cougars dan Arsenal dimana pasukan negara ditewaskan 2-1. -Foto KHAIRULL AZRY BIDIN
Mohd Fitrie Muhamad


AKIBAT lambat menyesuaikan diri dengan permainan, pasukan AMD Malaysia Cougars tewas 2-1 kepada Arsenal pada aksi kedua Kumpulan B, Piala SuperMokh Bawah 14 tahun di Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.

Pada perlawanan itu, Arsenal memperoleh dua gol di babak pertama menerusi Daniel Oyegoke pada minit ke-9 dan Omari Hutchinson (m-16) manakala jaringan tunggal AMD Malaysia Cougars dijaringkan Muhammad Aznil Hafiz Azhar (m-62).

Pengendali AMD Malaysia Cougars, Ahmad Nurfaizal Abdullah berkata anak buahnya memberi banyak ruang kepada pemain lawan pada babak pertama dan peluang itu dimanfaatkan oleh Arsenal untuk memperoleh dua gol.

“Tidak ada banyak beza antara kedua-dua pasukan. Walaupun pasukan lawan memiliki kelebihan fizikal, kita atasi dengan ketangkasan.

“Babak pertama sedikit perlahan dan pemain ambil masa terlalu lama untuk sesuaikan diri dengan permainan. Kita beri ruang dan masa kepada Arsenal mengawal permainan di babak pertama.

“Di babak kedua, kami pamer peningkatan dan berjaya menghasilkan jaringan namun ia sudah terlambat,” katanya.

PEMAIN Malaysia Cougars, Mohd Aznil Hafiz Azhar (kanan) melepasi kawalan pemain Arsenal. -Foto KHAIRULL AZRY BIDIN
PEMAIN Malaysia Cougars, Mohd Aznil Hafiz Azhar (kanan) melepasi kawalan pemain Arsenal. -Foto KHAIRULL AZRY BIDIN

Sementara itu, AMD Malaysia Cougars B-12 dan AMD Malaysia Cougars B-13 sudah pun mengesahkan ke peringkat kalah mati selepas mencatatkan kemenangan dalam dua perlawanan awal.

Esok, AMD Malaysia B-12 dan B-13 dijadualkan menentang Aspire Academy dan AZ Alkmaar bagi menentukan juara kumpulan.

Bagi saingan B-14, AMD Malaysia Cougars yang juga juara bertahan, dijadual menentang Gyeongnam FC dan harus memastikan tiga mata bagi memastikan slot kalah mati.

“Ada beberapa aspek yang perlu kami perbaiki terutamanya daripada segi disiplin ketika bertahan,” kata Ahmad Nurfaizal.

KEPUTUSAN HARI INI

BAWAH 12 :

Kumpulan A -

AMD Malaysia Panthers 0 Sporting CP 3

Kashima Antlers 3 FF South Australia 0

Kumpulan B -

AMD Malaysia Cougars 4 HNK Hajduk Split 0

JJ Football Academy 0 Aspire Academy 1

BAWAH 13 :

Kumpulan A -

AMD Malaysia Panthers 1 PSG 3

Urawan Red Diamind 0 Buriram United 0

Kumpulan B -

AMD Malaysia Cougars 12 Gyeongnam FC 1

AZ Alkmaar 3 FF South Australia 0

BAWAH 14:

Kumpulan A -

PSG 2 Mito Hollyhock 0

AMD Malaysia Panthers 0 Foolad Sepahan 2

Kumpulan B -

AMD Malaysia Cougars 1 Arsenal 2

Gyeongnam 1 Aspire Academy 2

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Disember 2017 @ 5:55 PM