KHAIRUL Idham tamat musim 2017 dengan 10 mata keseluruhan. -Foto fail
KHAIRUL Idham tamat musim 2017 dengan 10 mata keseluruhan. -Foto fail
Sukhairi Thani


PELUMBA Moto2 negara, Khairul Idham Pawi menyatakan hasratnya untuk memburu kutipan mata di setiap 19 pusingan yang berada dalam kalendar musim Kejuaraan Motosikal Dunia 2018.

Namun, pelumba IDEMITSU Honda Team Asia itu mengakui hasratnya tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan latihan yang lebih intensif.

“Untuk menunggang lebih baik daripada tahun ini,” kata pelumba berusia 19 tahun dalam lawan web rasmi MotoGP. “Saya mahu meraih mata di setiap perlumbaan.

“Untuk menjadikannya satu kenyataan, saya akan cuba melakukan yang terbaik dan berlatih dengan lebih gigih pada musim sejuk ini!.”

Khairul Idham Pawi yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun pertamanya dalam kelas Moto3 tahun lalu dengan meraih dua penamat selaku juara di GP Argentina dan Jerman menamatkan musim 2017 (Moto2) di tangga ke-27 dengan 10 mata keseluruhan.

KHAIRUL IDHAM PAWI
KHAIRUL IDHAM PAWI

Mengulas mengenai prestasinya dalam Moto2 tahun ini, Khairul Idham atau dikenali sebagai SuperKIP berkata: “Musim 2017 agak sukar. Ia tahun pertama saya menunggang jentera Moto2, dan ia bukan mudah.

“Jadi saya cuba meyakinkan diri saya dan mencari peningkatan di setiap perlumbaan. Saya bergelut kerana tidak mempunyai pengalaman dengan Moto2, namun sekarang saya sudah mempunyai satu tahun pengalaman, jadi saya akan cuba mendapatkan keputusan yang lebih baik tahun depan.

“Saya banyak mempelajari perkara baharu tahun ini mengenai jentera Moto2, saya juga masih sedang mencari rentak tunggangan pantas dalam Moto2 ini.

“Sekiranya kamu melihat data, kamu akan mendapati saya kurang ketika membrek, kelajuan di selekoh... dan mungkin banyak lagi.

“Namun, saya fikir apa yang saya tidak miliki ialah pengalaman. Apabila saya meraih banyak pengalaman, saya boleh meningkat dengan lebih banyak lagi.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 November 2017 @ 9:57 PM