ANTARA atlet yang hadir bergambar dihadapan ‘The Wall of Honour’, ketika majlis Sesi Penanaman Anak Pokok Sempena Program ‘Satu Medal, Satu Pokok: Kuala Lumpur 2017’ di Plaza, Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. FOTO/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
ANTARA atlet yang hadir bergambar dihadapan ‘The Wall of Honour’, ketika majlis Sesi Penanaman Anak Pokok Sempena Program ‘Satu Medal, Satu Pokok: Kuala Lumpur 2017’ di Plaza, Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. FOTO/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Aida Adilah Mat


SENARAI 204 atlet disenaraikan untuk menyertai program Majlis Sukan Negara (MSN) tahun depan yang akan memberi fokus kepada penyertaan di Sukan Komanwel dan Asia.

Pengarah Bahagian Pengurusan Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefry Ngadirin berkata pemilihan atlet adalah mengikut kriteria yang ditetapkan oleh MSN dan persatuan sukan masing-masing.

Antara yang ditekankan adalah menduduki ranking keenam Asia atau kelima Komanwel selain pencapaian minimum meraih emas di Sukan SEA yang lalu. Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk atlet dari sukan silat, olahraga dan akuatik.

“Kami ketika ini sedang menunggu tarikh daripada tiga sukan berkenaan untuk mengadakan mesyuarat pemilihan bagi mengenal pasti atlet yang berpotensi.

“MSN akan memberi fokus kepada dua temasya itu terlebih dahulu dan untuk Sukan SEA pemilihan hanya akan dibuat Januari tahun depan,” katanya.

Sementara itu bantuan kewangan akan disalurkan kepada persatuan selepas badan induk sukan masing-masing mengenal pasti atlet dan ia akan diluluskan mengikut program yang disenaraikan oleh persatuan.

Bagaimanapun tegas Jefry, program MSN tidak membabitkan atlet dan jurulatih Program Podium.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 November 2017 @ 7:27 PM