PENGGANTUNGAN tempoh makmal anti doping kebangsaan Perancis mungkin boleh melebihi enam bulan. FOTO/AFP
PENGGANTUNGAN tempoh makmal anti doping kebangsaan Perancis mungkin boleh melebihi enam bulan. FOTO/AFP
AFP

MONTREAL: Agensi Anti Doping Dunia (WADA) mengumumkan yang tempoh penggantungan makmal anti doping kebangsaan Perancis mungkin boleh melebihi enam bulan.

“Penggantungan itu dikenakan susulan isu analitikal yang dilaporkan sendiri kepada WADA oleh pihak makmal,” kata WADA dalam satu kenyataan.

Sebelum ini WADA mengumumkan penggantungan Organisasi Anti Doping Kebangsaaan Perancis yang berpangkalan di Chatenay-Malabry pada 24 September lalu untuk satu tempoh masa yang tidak ditetapkan.

“Sejak 24 November, prosiding disiplin dilakukan oleh Jawatankuasa Disiplin bebas... yang mana ketika ini sudah siap sepenuhnya,” kata WADA.”

Penggantungan itu juga dikaitkan dengan pencemaran robot sampel selepas ujian yang dilakukan ke atas sampel dari badan atlet bina badan didapati 200 kali melebihi testosterone berbanding ujian positif biasa.

Satu-satunya makmal anti doping di Perancis itu pernah mengendali sekitar 13,500 sampel pada tahun 2016.

Penggantungan yang mula berkuat kuasa Selasa lalu bakal ‘melarang makmal paris itu daripada melakukan sebarang aktiviti anti doping, termasuk semua analisis air kencing dan sampel darah, kata WADA.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2017 @ 11:22 AM