SMALLING mempunyai 30 kap.
SMALLING mempunyai 30 kap.
AFP

LONDON: Masa depan pertahanan Manchester United, Chris Smalling bersama England masih samar apabila pengendali skuad kebangsaan, Gareth Southgate bimbang dengan kualiti hantarannya.

Semalam, Southgate menyenaraikan pertahanan Liverpool, Joe Gomez yang belum pernah mewakili negara ke dalam skuad eksperimen 25 pemain, menjelang aksi persahabatan menentang Jerman dan Brazil, akhir bulan ini.

Gary Cahill (Chelsea), John Stones (Manchester City), Harry Maguire (Leicester City) dan rakan sepasukan Smalling di United, Phil Jones membarisi benteng pilihan Southgate, tetapi Smalling yang sudah mengumpul 31 kap tidak tersenarai.

Ditanya jika dia merasakan Smalling tidak mampu memulakan gerakan dari belakang dengan baik, Southgate berkata: “Tidak, saya rasa dia boleh. Kami mempunyai pemain seperti Stones dan (Eric) Dier dan Maguire yang lebih baik.

SOUTHGATE bimbang kualiti hantaran Smalling.
SOUTHGATE bimbang kualiti hantaran Smalling.

“Chris mempunyai 30 kap, dia bermain untuk Manchester United, jadi saya tahu apa yang dia boleh lakukan. Pemain lain saya perlu lihat dan nilai, kerana itu aspek penting bagaimana kami mahu bermain, membinanya dari sana.

“Ia mungkin keputusan paling sukar saya perlu ambil, kerana pasukan yang diwakili Chris dan hakikat yang dia bermain serta mengekalkan rekod bersih.

“Kami mempunyai rekod bertahan terbaik di Eropah dalam sesi kelayakan. Tetapi kami masih jauh untuk jumlah jaringan dan kami perlu memperbaikinya. Sebahagian daripadanya bermula daripada membina dan mencipta peluang.”

Southgater turut memberi peluang pertama kepada pemain remaja Chelsea, Ruben Loftus-Creek dan Tammy Abraham, yang kini dipinjamkan ke Crystal Palace dan Swansea City.

Selain Smalling, nama besar lain yang turut tidak tersenarai antaranya pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere dan gandingan Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain serta Daniel Sturridge.

SOUTHGATE yakin Smalling mampu melakukan pergerakan menarik.
SOUTHGATE yakin Smalling mampu melakukan pergerakan menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 November 2017 @ 9:54 AM