GOMES (kanan) terpaksa diketepikan Barca akibat kecederaan hamstring ketika aksi menentang Olympiakos. -Foto Reuters
GOMES (kanan) terpaksa diketepikan Barca akibat kecederaan hamstring ketika aksi menentang Olympiakos. -Foto Reuters
AFP

BARCELONA: Barcelona mengesahkan dua pemainnya, Sergi Roberto dan Andre Gomes akan berehat lebih sebulan selepas mengalami kecederaan hamstring sewaktu terikat tanpa jaringan di Olympiakos, awal pagi tadi.

Roberto yang banyak diturunkan di posisi pertahanan kanan dibawa keluar sebaik berakhir separuh masa manakala Gomes hanya beraksi pada 15 minit terakhir.

“Roberto dihimpit kecederaan hamstring yang menyaksikan dia terpaksa direhatkan selama lima minggu,” kata Barca dalam kenyataannya.

“(Gomes) dengan kecederaan hamstring kanan akan berehat selama empat minggu.”

Kedua-dua pemain terbabit akan terlepas aksi berdepan Sevilla dan Leganes, di samping kunjungan Liga Juara-Juara ke Juventus.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2017 @ 10:56 PM