CATATAN di Facebook (kanan) yang dimuat naik Annuar mengucapkan tahniah kepada Bibi Ramjani dan calon-calon lain yang dipilih.
CATATAN di Facebook (kanan) yang dimuat naik Annuar mengucapkan tahniah kepada Bibi Ramjani dan calon-calon lain yang dipilih.
Mohamad Zulhairie Manzaidi


BEKAS Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengucapkan tahniah kepada penggantinya, Bibi Ramjani Ilias Khan yang dipilih menjawat jawatan itu dalam Kongres Tahunan KAFA ke-63, malam tadi.

"Tahniah kepada Bibi Ramjani dan seluruh saf yang sudah dipilih oleh perwakilan.

"Selamat menjalankan amanah... semoga maju bola Kelate (Kelantan)," katanya menerus catatan terbaru Facebook miliknya, malam tadi.

Annuar yang juga penasihat KAFA berharap semua pihak memberi sokongan sepenuhnya kepada saf baru KAFA yang dipilih.

"Rapatkan saf dan beri segala sokongan kepada mereka yang dipilih demi kemajuan KAFA dan bolasepak Kelate.

"Sekarang masa untuk bekerja dan kata dikota... selamat maju jaya," katanya.

Bibi Ramjani dipilih menduduki jawatan yang ditinggalkan Annuar November lalu selepas menewaskan Datuk Mohamad Nasir Hamzah yang juga Naib Presiden KAFA sebelum ini.

Kongres itu turut menyaksikan Datuk Seri Afandi Hamzah mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden.

Jawatan Naib Presiden menyaksikan tiga muka baru iaitu Datuk Aizuddin Mohd Ghazali, Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim.

Berita berkaitan:

Sasar kekal Liga Super

Bibi Ramjani Presiden KAFA

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 September 2017 @ 1:04 AM