SERENA WILLIAMS
SERENA WILLIAMS
AFP

SERENA Williams, yang berasakan “tenaga baru” menerusi kehamilannya sudah bersedia untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia, Januari depan.

Serena berkata, dia sudah menetapkan sasarannya untuk bermain di Melbourne.

“Ia satu perancangan yang dahsyat,” kata Serena, 36, yang dijangka melahirkan bayi sulungnya bulan depan.

“Saya hanya mahu menetapkannya seperti tiga bulan selepas saya melahirkan bayi. Saya tidak mahu mengundur ke belakang tapi saya hanya bercakap mengikut perasaan.”

Serena berkata, ketika hamil, dia memantau perkembangan tenis dunia termasuk kejayaan kakaknya Venus ke final Wimbledon.

Dia pula mahu menyamai rekod sepanjang zaman milik Margaret Court dengan 24 gelaran Grand Slam. Dia sudah hamil ketika dia menang gelaran ke-23 pada Terbuka Australia, Januari lalu.

“Jelas jika saya berpeluang keluar ke sana dan memburu rekod Margaret, saya tidak akan melepaskan peluang itu,” kata Serena.

“Lagipun kehamilan ini memberikan saya tenaga baru.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Ogos 2017 @ 11:23 AM