UiTM. FOTO arkib NSTP
UiTM. FOTO arkib NSTP
Redzuan Muharam


Shah Alam: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencatat rekod baharu apabila melonjak 102 anak tangga sekali gus berada di kedudukan ke-555 dalam senarai Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS WUR) 2024.

Kejayaan itu menjadikan UiTM antara 37 peratus teratas daripada 1,503 institusi seluruh dunia yang menerima kedudukan tahun ini.

Dalam konteks tempatan pula, UiTM meraikan lima institusi baharu yang menerima kedudukan di dalam QS WUR 2024.

Berbanding dengan 24 institusi tempatan tahun lalu, 28 institusi tempatandisenaraikan tahun ini.

UiTM mencapai peningkatan sebanyak dua anak tangga berbanding tahun lalu dalam mencapai kedudukan ke-10 terbaik di Malaysia.

Tujuh universiti tempatan termasuk UiTM meningkatkan kedudukan di dalam QS WUR2024.

Bagi tahun keempat berturut-turut, UiTM juga meningkatkan kedudukannya bagi reputasi akademik apabila mendaki 14 anak tangga untuk mencapai kedudukan ke-303 daripada kedudukan ke-317 tahun lalu.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk DrRoziah Mohd Janor, penarafan diterima itu adalah pencapaian terbaik UiTM sejak pertama kali menyertai QS WUR .

"Sukar untuk saya ungkapkan betapa bangganya kami dengan pencapaian ini dan iahasil penyusunan strategi dalam melakukan yang terbaik untuk pemegang taruh UiTM.

"Ia jelas menunjukkan bahawa UiTM sememangnya berada pada landasan yang betul ke arah menjadi Universiti Terkemuka Dunia menjelang 2025," katanya.

Tahun ini, 2,963 institusidinilai di 104 lokasi seluruh dunia dengan peningkatan lebih 500 institusi baharu berbanding 2,462 institusi pada 2022.

QS WUR mengukur prestasi universiti berdasarkan sembilan indikator, iaitu reputasi akademik, sitasi setiap fakulti, reputasi majikan, hasil pekerjaan, nisbah pelajar fakulti, fakulti antarabangsa, rangkaian penyelidikan antarabangsa, penuntit antarabangsa, dan kemampanan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Jun 2023 @ 11:53 AM