OLEJ KEDA sedia kursus bersesuaian dengan pasaran guna tenaga baru.
OLEJ KEDA sedia kursus bersesuaian dengan pasaran guna tenaga baru.

LEMBAGA Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sedang giat menyelaras program ditawarkan bagi memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui Kolej KEDA di Sik, Kedah.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi berkata, terdapat tujuh bidang yang ditawarkan di kolej ini iaitu Program Teknologi Motosikal, Program Teknologi Elektrik, Program Teknologi Kimpalan, Program Teknologi Fabrik, Program Teknologi Kulinari, Program Penyejukbekuan dan Penyaman Udara serta Teknologi Teknologi Automotif.

Bagi memperkasa TVET di kolej ini, kerjasama strategik sedang diperkukuh bersama institusi awam, swasta dan pihak industri bagi membentuk sinergi pembangunan tenaga kerja berkemahiran.

"Sebelas syarikat telah menjalin kerjasama strategik bersama pihak kolej meliputi semua bidang ditawarkan.

"Permerkasaan ProgramTVET di Kolej KEDA ini membuka peluang pekerjaan baru dengan Program bersesuaian dengan pasaran guna tenaga baru," katanya sempena lawatan kerja beliau ke KEDA.

Dalam perkembangan sama, program lain yang berpotensi diperkembangkan adalah Program Tahfiz TVET@Kolej KEDA yang dijalankan bermula tahun 2022 dengan matlamat memberikan pengajian kemahiran jangka pendek kepada tahfiz, ia diharap dapat menyediakan modal insan berkemahiran kepada tahfiz sebagai persediaan melangkah ke alam pekerjaan.

Program selama enam bulan ini menawarkan kemudahan peralatan, pembelajaran, makan minum dan penginapan percuma kepada peserta.

Sehingga kini 42 pelajar tahfiz terbabit meliputi lima pusat tahfiz di sekitar Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Jun 2023 @ 10:44 AM