RONALD (kanan) ketika Program Sesi Dialog Industri Agromakanan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Turut kelihatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan ll, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh. FOTO Mohd Fadli Hamzah
RONALD (kanan) ketika Program Sesi Dialog Industri Agromakanan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Turut kelihatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan ll, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Samadi Ahmad


Putrajaya: Kerajaan bakal mewujudkan skim insurans takaful membabitkan bidang agromakanan yang dijangka dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia bertujuan memastikan semua pihak yang terbabit dalam industri itu dilindungi pada masa hadapan.

Menurutnya, projek perintis ini akan dimulakan dengan sub-sektor padi dan beras terlebih dahulu diikuti dengan industri agromakanan lain.

Katanya, pihaknya sudah melantik Agrobank bagi mengetuai usaha itu dan ia sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) bagi merancakkan industri agro makanan di negara ini.

"Negara masih belum melaksanakan skim insurans ini berbanding negara jiran yang sudah mengadakannya lebih awal bagi melindungi industri pertanian dan ia perlukerana sebelum ini banyak pesawah berdepan bencana alam dan Kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang tinggi bagi membantu mereka," katanya pada sidang media Dialog Industri Agromakanan 2022 di kementerianya, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri 11 MAFI, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ketua Setiausaha MAFI,Datuk Haslina Abdul Hamid.

Menurutnya, Agrobank sudah diminta merangka model skim polisi yang sesuai sebelum ia dilaksanakan membabitkan industri padi dan beras.

Menyentuh mengenai dialog bertemakan Pemodenan dan Produktiviti Menjamin Sekuriti Makanan, Kiandee berkata, ia adakan bertujuan mengenal pasti isu sektor agromakanan khususnya aspek sekuriti makanan dan mengambil langkah intervensi yang sesuai mengikut perkembangan semasa,menyeluruh serta holistik dalam usaha memperkasa sektor agromakanan negara.

Katanya, 200 peserta menyertai program ini secara fizikal dan 1,000 secara Webinar dan Facebook terdiri dari pemain industri sektor agrimakanan merangkumi sub-sektor padi, tanaman, ternakan, perikanan dan keseluruhan rantaian agromakanan membabitkan persatuan dan dan pemain industri seperti wakil pengeluar,syarikat peneraju, pengimport dan pengeksport.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Februari 2022 @ 4:39 PM