FOTO hiasan.
FOTO hiasan.
AL-FIQH

1. Apakah syarat yang mengharuskan seseorang itu qasar solatnya?

Syarat untuk mengharuskan qasar solat ialah:

• Hendaklah solat fardu yang empat rakaat.

• Perjalanan yang jauh melebihi dua marhalah.

• Tujuan perjalanan untuk sesuatu yang diharuskan.

• Diketahui tempat yang hendak dituju.

• Jangan mengikuti solat orang yang bermukim.

• Hendaklah berniat qasar ketika takbiratulihram.

• Berkekalan safarnya sehingga selesai memberi salam (yang pertama).

• Mengetahui kaifiat dan cara solat qasar.

2. Bolehkah dijamak antara solat tamam dengan solat qasar. Contohnya, solat Zuhur dilakukan secara tamam iaitu sebanyak empat rakaat dan dijamakkan dengan solat Asar namun dilakukan secara qasar iaitu dua rakaat saja?

Harus bagi orang musafir jamak solat tamam dengan qasar. Boleh juga jika mereka hendak melakukan solat jamak dan qasar kedua-duanya dan boleh juga melakukan solat jamak secara tamam kedua-duanya.

3. Seorang musafir hanya berniat untuk mentakhirkan solat Zuhur kepada waktu Asar tanpa niat jamak atau langsung tidak berniat dalam waktu pertama untuk jamak takhir sama ada sengaja atau terlupa. Apakah hukumnya?

Memadai niat mentakhirkan solat untuk dikerjakan pada waktu yang kedua walaupun tidak berniat jamak.

Tetapi  sekiranya dia -dak berniat untuk jamak takhir dalam waktu pertama, jika solat itu dilakukan dengan sengaja, maka ia dikira berdosa dan wajib  qada solat Zuhurnya.

Sekiranya berlaku kerana terlupa, maka tidak berdosa tetapi wajib  qada solat Zuhurnya.

4. Harus bagi seseorang melakukan jamak takdim (iaitu bagi mereka yang sentiasa melazimkan diri ke masjid atau surau) ke-rana hujan lebat apabila mencukupi syaratnya.

Persoalannya, adakah diharuskan untuk melakukan jamak takhir dan bagi orang yang sakit, adakah diharuskan dia melakukan jamak takhir?

Dia hanya diharuskan melakukan jamak takdim saja. Adapun jamak takhir tidak diharuskan.

Tidak diharuskan kepada orang sakit solat jamak (sama ada takdim atau takhir) kecuali jika dia jatuh sakit ketika musafir, harus dia jamak sama ada takdim atau takhir.

Sumber: Furu’ al-Masa’il wa Usul al-Wasa’il oleh Maulana Daud bin Abdullah al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 September 2018 @ 12:00 AM