MELATI (kiri) bersama Pengarah Pemasaran McDonald’s Malaysia, Azman Mohammad melancarkan tiga hidangan burger daging diberi ‘nafas’ baharu.
MELATI (kiri) bersama Pengarah Pemasaran McDonald’s Malaysia, Azman Mohammad melancarkan tiga hidangan burger daging diberi ‘nafas’ baharu.
Nurul Husna Mahmud


PEMINAT daging boleh merasai sensasi daripada tiga sajian ikonik burger daging McDonald's, Spicy Double Beef, Double Cheese Burger dan Bic Mac apabila menyajikan 'versi' terbaharu hidangan itu bermula kelmarin.

Tampil lebih panas, berjus dan enak apabila tiga sajian ikonik itu melalui proses naik taraf dalam elemen yang ada terutama patti daging lebih berperisa selain dipanggang dan diselar dengan tepat.

Menurut Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai, penambahbaikan dalam tiga sajian burger itu menandakan komitmen McDonalds menyajikan hanya terbaik untuk semua pelanggan.

"Perubahan kecil terhadap penyediaan dan masakan hidangan burger daging klasik memberi nilai tambah cukup besar apabila kelainan itu dapat dirasai pelanggan.

"Apatah lagi sajian ini adalah 'teras' kepada seleksi menu yang ada dalam restoran segera termasuk menjadi faktor pelanggan terus setia bersama McDonald's.

"Sudah tentu persembahan versi terbaharu burger daging ini menunjukkan kesungguhan kami untuk mencapai kepuasan yang sempurna bagi peminat daging tempatan," katanya.

Menariknya, lebih 50 pengamal media dan pempengaruh yang hadir dalam sesi uji rasa di Restoran Pandu Lalu McDonald's Subang Bestari, Shah Alam, Selangor baru-baru ini berpeluang merasai sendiri ciri-ciri berbeza dalam sajian burger daging berkenaan.

Antaranya roti bersama saduran khas yang membuatkan ia lebih berkilat, tekstur lebih gebu lembut dan memerangkap haba lebih baik.

Intensiti profil rasa lebih menonjol menerusi bawang dikaramel perlahan apabila ditambah kepada patti daging yang dipanggang dan disempurnakan dengan keju import dari New Zealand yang mencair sebaik diletakkan atas daging.

Selain itu, perincian kecil lain seperti tekstur sayur yang lebih rangup apabila menggunakan bekas penyimpanan lebih kecil. Begitu juga penambahan sos Big Mac kepada sajian burger Big Mac juga antara perubahan dilakukan membantu meningkatkan keenakan dalam sajian terbabit.

Istimewa untuk meraikan kemeriahan dalam sajian diperbaharui itu, McDonald's turut mengumumkan kempen promosi sehari apabila pelanggan boleh membuat pembelian Double Cheeseburger Medium McValue Meal pada esok dengan hanya RM10.95.

Penawaran itu juga seiring dengan percubaan restoran segera berkenaan untuk memecah rekod Malaysia Book of Record menerusi Jualan Burger Daging Terbanyak dalam tempoh 24 jam dan pembelian Double Cheeseburger Medium McValue Meal boleh dinikmati pada harga istimewa bermula 10 pagi sehingga 2 pagi pada Ahad (16 Oktober) bergantung kepada ketersediaan stok di lebih 300 cawangan restoran itu di serata Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2022 @ 6:45 AM