BAHAN penting bukan sahaja dalam masakan malah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional.
BAHAN penting bukan sahaja dalam masakan malah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Berbanding rempah ratus lain, bunga cengkih antara bahan keperluan utama yang kini menjadi buruan masyarakat.

Ia bukan sahaja bahan penting di dalam masakan malah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional

Malah bunga cengkih dikatakan sejenis rempah yang berasal dari Pulau Moluku.

Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia.

Selain bunga, minyak cengkih juga digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi sementara di sesetengah negara pela, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.

Terdapat banyak khasiat pada bunga cengkih termasuk mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan tubuh selain kaya dengan antioksidan.

Antara khasiat lain yang terdapat pada bunga cengkih adalah membantu mencegah penyakit kanser dan keracunan makanan, memperbaiki kesihatan gigi dan mulut serta membantu mengawal gula di dalam darah.

CAMPURAN madu, lemon dan bunga cengkih dikatakan dapat membantu melegakan simptom batuk dan selesema.
CAMPURAN madu, lemon dan bunga cengkih dikatakan dapat membantu melegakan simptom batuk dan selesema.

Manfaat lain yang terdapat pada bunga cengkih adalah ia membantu menggalakkan kesihatan tulang, membantu meredakan ulser di perut, digunakan sebagai ubat penahan sakit dan membantu melegakan penyakit pernafasan.

Kajian juga mendapati eugenol yang terkandung dalam bunga cengkih juga berfungsi sebagai antioksida lima kali lebih berkesan daripada vitamin E.

Bunga cengkih juga kaya dengan beta karoten iaitu sumber vitamin A yang baik untuk kesihatan mata.

Untuk perubatan tradisional, secara tradisinya, wap air rebusan bunga cengkih juga digunakan bagi membantu mengurangkan keradangan dan membantu melegakan simptom batuk, bronkitis, selsema serta asma.

Namun, harus diingat, tiada bukti kukuh yang mengaitkan dakwaan bahawa amalan menghidu wap air rebusan bunga cengkih mampu mengubati mereka yang dijangkiti Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2022 @ 6:30 AM