ANIMASI 3D menarik menghiasi kedai flagship Onitsuka Tiger di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
ANIMASI 3D menarik menghiasi kedai flagship Onitsuka Tiger di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Jenama terkenal Jepun, Onitsuka Tiger terus mewarnai dunia fesyen antarabangsa dengan pelbagai koleksi kontemporari untuk musim bunga/ panas tahun 2022 (SS22).

Ia menggabungkan kreativiti fesyen dengan elemen sukan tanpa meminggirkan budaya dan inovasi.

Seiring meraikan kehadiran Tahun Harimau yang juga menjadi ikonnya, jenama itu menampilkan pelbagai koleksi pakaian dan aksesori menarik.

Sesuai dengan tema utamanya, koleksi berkenaan direka dengan bermotifkan elemen harimau.

Ini kerana, mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua, simbol zodiak itu (Tahun Harimau) akan membawa tuah.

Antara yang boleh dimiliki adalah kemeja T, jaket, seluar pendek, beg sandang belakang mini, beg sandang, beg tote, stokin, baju panas, kasut dan koleksi kemeja-T kanak-kanak serta banyak lagi.

Sementara itu, bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina, kedai utamanya di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur diserikan dengan animasi 3D OOH.

Ia adalah animasi avatar wanita untuk koleksi SS22 itu yang ditransform ke bentuk harimau.

Paparan animasi menarik seakan 'watak hidup' itu boleh disaksikan sehingga 15 Februari ini di kedai berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Februari 2022 @ 6:50 AM