SE.DUDUK D’ Kajang menandakan kejayaan penting dalam komitmen Eco World Development Group Berhad.  FOTO Nur Iqbal Syakir
SE.DUDUK D’ Kajang menandakan kejayaan penting dalam komitmen Eco World Development Group Berhad. FOTO Nur Iqbal Syakir
Oleh Muhamaad Razis Ismail


Pembukaan rasmi Galeri Eco World dan unit pameran terbaharunya untuk Se.duduk D' Kajang menandakan kejayaan penting dalam komitmen Eco World Development Group Berhad dalam mentakrifkan semula kehidupan kediaman bertingkat di negara ini.

Terletak dalam kawasan kejiranan yang matang dan mempunyai ketersambungan yang sangat baik, Se.duduk D' Kajang dapat meningkatkan taraf kehidupan bandar di Kajang dan di sekitarnya.

Berkeluasan 2.8 hektar, Se.duduk D' Kajang ialah pembangunan pertama yang terletak di luar perbandaran Eco World, sekali gus meluaskan jejak jenama itu ke lokasi baharu dengan masih mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan dan inovasinya.

EcoWorld mula memperkenalkan duduk pada awal 2020 dengan melaksanakan dua projek di Lembah Klang.

Sehingga kini, ada lima projek duduk dibangunkan EcoWorld dengan tiga lagi projek akan datang di Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan Pulau Pinang.

Pengurus Besar Bahagian Eco Majestic, Evon Yap berkata, pihaknya teruja dengan pembukaan galeri jualan dan unit pameran baharu untuk Se.duduk D' Kajang.

"Kami juga meraikan dua rakan kongsi penting dengan pemeteraian simbolik antara Eco World dan EFS Revision Energy Sdn Bhd.

PENGERUSI Eksekutif Eco World Development Group Bhd, Tan Sri Liew Kee Sin (dua dari kanan) merasmikan pembukaan Se.duduk D’ Kajang di Se. duduk Square, Kajang baru-baru ini. FOTO Nur Iqbal Syakir
PENGERUSI Eksekutif Eco World Development Group Bhd, Tan Sri Liew Kee Sin (dua dari kanan) merasmikan pembukaan Se.duduk D’ Kajang di Se. duduk Square, Kajang baru-baru ini. FOTO Nur Iqbal Syakir

"Perjanjian dengan Chef Kecik menandakan pendirian Eco World dalam memupuk kerjasama perniagaan yang positif dan meluas," katanya.

Kerjasama dengan EFS Revision Energy Sdn Bhd akan menyaksikan penggunaan tenaga solar di Galeri Jualan Se.duduk D' Kajang Eco World.

Sementara itu, pembukaan kafe Chef Kecik pula menyajikan pelbagai pastri yang lazat dan hidangan lain pastinya menjadikan Se.duduk D' Kajang sebagai destinasi persinggahan ramai.

Selaras dengan komitmen Eco World terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Galeri Eco World @ Se.duduk D' Kajang merangkumi reka bentuk yang padat dan cekap.

Berbeza dengan galeri lain, EcoWorld Gallery @ Se.duduk D' Kajang mempelopori pendekatan mementingkan alam sekitar dengan menggunakan semula galeri jualan dan unit pameran sebagai ruang komersial di hilir.

Pembangunan itu melaksanakan ciri-ciri reka bentuk canggih seperti kerangka keluli dan teknik penyejukan pasif, meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan kesan alam sekitar secara menyeluruh.

Komitmen Se.duduk D' Kajang terhadap kelestarian juga meliputi pemeliharaan kehijauan sedia ada dan pemindahan pokok asli untuk mengekalkan keindahan landskap semula jadi.

Terletak berhampiran akses ke lebuh raya utama dan pengangkutan awam, Se.duduk D' Kajang menawarkan kemudahan yang tiada tandingannya dengan dikelilingi kemudahan penting termasuk pasar raya, sekolah, klinik dan banyak lagi.

Duduk ialah lokasi impian yang datang dengan menyediakan semua keperluan pada harga yang tidak menjejaskan gaya hidup.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Eco World, Datuk Chang Khim Wah berkata, Se.duduk D' Kajang adalah bukti komitmen EcoWorld terhadap inovasi, kemapanan dan kecemerlangan dalam pembangunan bandar, menetapkan standard baharu untuk kehidupan kediaman bertingkat di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2024 @ 6:09 AM