ANDA tidak perlu terburu-buru membeli hartanah.
ANDA tidak perlu terburu-buru membeli hartanah.
Hartini Mohd Nawi


Enam cara elak daripada ditipu dalam urusan jual beli hartanah

1. Jangan terpedaya dengan harga terlalu murah

Kebanyakan pembeli hartanah terpedaya dengan iklan hartanah yang dijual pada harga terlalu murah dan tidak masuk akal.

Antara penipuan hartanah jenis ini, biasanya pembeli diminta membuat bayaran deposit ke akaun peribadi dan akhirnya lesap begitu sahaja.

Sindiket penipuan hartanah biasanya menyasarkan golongan berusia yang kurang pendedahan dan mempunyai modal yang banyak hasil dari pencen atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

2. Semak pemilikan hartanah

Anda boleh membuat semakan pemilikan hartanah melalui carian di pejabat tanah daerah butiran berikut:

• Keluasan tanah

• Nombor lot mukim

• Saiz binaan rumah

• Pemilik semasa hartanah

• Nombor hak milik hartanah

PENGETAHUAN berkenaan hartanah juga amat penting sebagai benteng bagi mengelakkan anda ditipu.
PENGETAHUAN berkenaan hartanah juga amat penting sebagai benteng bagi mengelakkan anda ditipu.

3. Semak sekatan kepentingan hartanah

Ada juga kes di mana penjual dan pembeli bersetuju menukar hak milik hartanah, tetapi wujud halangan kerana ada sekatan pada unit hartanah itu.

Apa yang anda perlu lakukan adalah buat semakan sekatan kepentingan seperti kebenaran pindah milik, kaveat, cagaran dan gadaian, pajakan dan sebagainya.

4. Dapatkan khidmat ejen hartanah dan peguam hartanah yang sah

Anda perlu menggunakan khidmat ejen hartanah dan peguam hartanah yang sah sama ada ingin menjual atau membeli hartanah.

Ini kerana, mereka membantu menyelesaikan segala proses dan dokumentasi berkaitan urusan jual beli hartanah.

Bagaimanapun, mendapatkan khidmat ejen hartanah dan peguam hartanah yang sah lebih berpengalaman amat digalakkan.

5. Jumpa secara bersemuka

Anda digalakkan untuk berjumpa tuan tanah atau pemilik unit rumah untuk mendapatkan pengesahan dan landskap yang menyeluruh berkenaan tanah atau rumah yang bakal dibeli.

TELITI dan ambil langkah bijak untuk hartanah yang bakal anda beli.
TELITI dan ambil langkah bijak untuk hartanah yang bakal anda beli.

6. Waspada dengan media sosial

Sejak dulu, media sosial mempunyai reputasi sebagai platform pengiklanan penipuan jual beli hartanah di Malaysia.

Pastikan anda menggunakan portal hartanah dalam talian yang sah betul untuk menjual dan membeli hartanah.

Apa pun, pengetahuan berkenaan hartanah juga amat penting sebagai benteng bagi mengelakkan anda ditipu hingga mengalami kerugian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Julai 2023 @ 7:00 AM