EVOQUE baharu 2024.
EVOQUE baharu 2024.
HM Digital

Kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah Range Rover Evoque Baharu 2024 bakal menjengah ke dalam pasaran tempatan pada tahun hadapan.

Pengedar eksklusifnya Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) menawarkan model 'facelift' itu tampil dengan ciri baharu yang dipertingkatkan, namun kekal DNA Evoque yang sporty.

Menerusi teknologi enjin petrol Igenium ia bukan sahaja tampil untuk bahan api lebih efisien malah lebih lancar dan responsif.

Buat masa ini Evoque untuk pasaran di Malaysia dengan dua varian iaitu Evoque dan R-Dynamic dengan keduanya enjin 2.0 liter pengecas turbo empat silinder sebaris yang menawarkan 200 kuasa kuda (hp) dan tork 320Nm atau 249hp dan tork 365Nm.

Ia kini dengan lampu utama LED baharu dengan grafik yang diperbaharui, serta pada bahagian belakang dengan pencahayaan merah terkini bagi penglihatan lebih baik serta mengurangkan silau kepada pengguna jalan raya lain.

RUANG kabin lebih elegan.
RUANG kabin lebih elegan.

Untuk ciri keselesaan kabinnya dengan kombinasi pilihan material, kemasan dan warna yang sepadan menyerlahkan elemen kemewahan.

Ia juga dengan Pivi Pro iaitu sisten infotainmen dengan gaya skrin sesentuh terapung bersaiz 11.4 inci yang tampil mudah kepada pemandu dan elegan.

Semua fungsi kenderaan boleh diakses dengan paparan yang tampil lebih moden dengan kawalan pendingin hawa dan bunyi audio pada sisi skrin dengan kawalan 'sliding' pelbagai fungsi.

Konsol tengah juga menyediakan ruang simpanan yang baik dan sistem pengecasan telefon tanpa wayar terletak pada bahagian bawah skrin infotainmen.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Disember 2023 @ 6:45 AM